Sunday, September 30, 2007

"Beauty" "indah"

nyaman kan usul lasagna nya

D`Anggerik


Indah sesuatu bahasa yang universal dan luas maksud nya untuk kan di hurai kan disini. Setiap kali ku kan ingim "online " kalau inda di rumah pasti kediaku akan mencari mana2 cafe yang tenang untuk mencari bahan idea untuk keluaran ku terkini "update" hehehe..


Bukan bermakna kalau ku online di rumah inda tenang atau nada idea, tetapi kalau di cafe2 yang indah berbagai2 dan bermacam2 idea akan terlintas. Tambahan lagi kalau ada sesuatu yang terpandang atau terlintas pasti hal tersebut akan masuk dalam ruangan ku ani. Contoh saja seperti gambar di atas tersebut. Sewaktu ku membuat cerita ruangan terbaru ku ani, kedia ku berada di salah sebuah cafe yang terdapat di Berakas. Untuk pengetahuan, tempat ani bukan lah pertama kali ku kunjungi ganya tempat ani kira pertama kali ku melayari internet kerana di cafe ini ada mengada "wireless".


Sudah kerap kali ku kan kemari ingin mencuba online terutama sekali di beranda yang buleh ku kata kan siok dan tenang. Setiap kali ku melintas atau jogging depan cafe tersebut mesti hati ku melonjak2 ingin kesana sampai tah hari ani baru tah ku kesampaian, wal hal sebelum ani kedia ku inda pernah makan di luar tempat beranda nya. Dalam masa yang sama sebenar nya kedia ku ani macam membuat promosi untuk kamu mencuba merasai keindahan dan ketenangan suasana di cafe ani. Makanan nya pun buleh di katakan buleh tahan jua. Nyum2 hehehe nyaman "lasagna" nya..Cuba lah ehehe..




Friday, September 28, 2007

SaNTai

Yummie..!!



Tekajut ku mendengar bunyi meriam meletup menandakan pukul 12.00a.m tepat, perkara ani hanya akan di dengar sepanjang bulan ramadhan sahaja pada setiap tahun..Jadi nya selama ketani berpuasa dalam sebulan atu, kamu akan mendengar sebanyak dua kali sehari iaitu sewaktu berbuka puasa "sungkai" dan apabila jam menandakan pukul 12.00 tengah malam.

Sewaktu ku mendengar letupan meriam atu suasana cafe tempat ku bersantai atu inda lah terlampau ramai pengunjung nya, sedari awal ku datang kesana sampai tah kan balik. Tapi jalan raya di bandar waktu atu masih lagi segar dengan orang ramai yang lalu lintas. Mungkin ada setengah daripada mereka baru balik dari bertadarus di masjid yang inda jauh dari cafe yang ku kunjungi atau baru balik dari kedai2 yang akhir tutup sempena jualan promosi diskaun besar2 an sempena sambutan hariraya yang akan menjelang inda lagi lama.

Walaupun pun kedia ku dalam duduk santai sempat lagi ku memerhati kan ulah orang ramai yang lalu lintas atau pun yang berada di cafe tersebut..Bermacam ragam jenis manusia yang kan di lihat..Hehehe aku apa kurang nya..

Inda terasa ketani sudah berpuasa lebih dari 2 minggu.Kalau orang di banar sibuk dengan persediaan membeli belah untuk sambutan raya yang akan menjelang tiba, kediaku lain ku buat..Dalam keadaan orang sibuk membeli belah aku lebih suka bersantai..Apa nya orang "alum tah ku kan sibuk2 bedadad beasak2 kan ke kadai" ganya kan membeli barang persediaan Hariraya. Bagi ku membeli belah untuk pakaian baru atau serba serbi barang baru ani adalah perkara biasa yang kerap kali ku laku kan di masa lapang jika kegunaan sahaja..

Mengapa tah bisdurang ani inda membeli sebulan atau dua bulan sebelum raya? kalau tah dikata kan jualan promosi diskaun untuk raya atu murah, tapi bagi ku hanya sia2 saja kerana bila ketani selidiki atau banding2 kan harga sebelum dan semasa promosi atu sebenar nya adalah sama. Kedia ku malar mendapati mengenai perbezaan harga barang ah. Pernah dua bulan lepas aku membeli kasut dengan harga diskaun 50% contoh harga $30 menjadi $15..
Sebulan selepas atu kediaku membeli lagi di tempat yang sama dan kedai tersebut menawarkan "Buy one & get one free" sekali membeli tah kedia ku kasut yang lebih kurang berharga $32 dan setentu nya kediaku dapat sepasang lagi percuma..Kalau di pikir2 kan bukan kah harga tersebut lebih kurang macam promosi nya sebelum ani. Dalam erti kata, kedai tersebut telah berjaya menjual dua pasang kasut sekali gus dan harga asal kasut tersebut itu memang separuh dari harga yang di jual. Bagus kan bisnes politik bisdurang ani.

Hahaha ani macam komen hak pengguna dalam berita bunyi nya. Secara inda lansung kedia ku sudah mengutarakan hal yang berkaitan dengan pengguna..Melarat2 sudah cerita ku ani, Dari bersantai sampai tah cerita diskaun. Untuk pengetahuan abiskita memantau harga ani adalah kerja sambilan ku walaupun inda pernah kena tauliah kan dari mana2 universiti ehehe..Asal "shopping" atau membeli belah memang kedia ku inda kurang memerhati kan harga dengan membanding2 kan harga dari satu pasaraya ke satu pasaraya. Bah, bah..adang ! inda beranti ni karang cerita ku pasal harga ani..ok lah lain masa lagi ku bercerita..


Thursday, September 27, 2007

ReMp IT...VRoOMmMm.....


VroOoMmM...Wow!! Manjut kapchai, ani..Inda ku sangka di negara ketani mengalami suasana rempit sudah..Kalau dulu rempit ani terkenal di negara2 jiran, tapi di negara ketani yang menghadapi pembangunan yang begitu pesat menyebabkan terjadi nya "culture shock" atau kejutan budaya. Sikap yang ingin mencuba maka terjadi nya isu2 sedemikian.


Kalau dulu motor kapchai begitu sukar di lihat di jalan2 tetapi sejak 3-4 tahun kebelakangan motor kapchai semakin ramai penggunanya. Bukan sahaja dari kaum lelaki umum nya tetapi juga dipelopori oleh kaum wanita. Di sana sini ketani buleh meliat bisdurang ani sama ada secara perseorangan mahu pun berkumpulan. Dalam tahun 80an kapchai atau motor seperti lazim nya hanya motor biasa tanpa pengubahsuaian, tapi zaman sekarang kalau ketani tersilap dengar mungkin ketani menyangka kapchai atu motorbike. Ani adalah kerana, orang2 ketani ani terlampau pintar serba serbi kan di ubah suai kalau tah buleh kapchai atu di bagi bersayap..


Astagaa..tekajut ku meliat bila orang ketani semakin berani mengaya2 kan dan mengulah2kan kapchai ani. Bermacam2 gaya cara pemanduan kapchai yang bisdurang bawa..Apa yang ketani liat di negara jiran, macam atu tah masa ani berlaku di negara ketani..Setiap gaya atu di beri nama seperti gaya "superman" lah contoh sewaktu pemanduan bisdurang mengangkat kaki durang keatas seolah2 sedang terbang..sama lah jua dengan gaya "spiderman". Nampak gaya nya negara ketani masa ani di landa isu "REMP IT"


Kalau dulu kan setiap malam jikalau di raun kawasan stadium, ketani akan mendapati perlumbaan haram, tetapi masa ani situasi nya berubah menjadi perlumbaan kapchai haram. Rempit! Rempit!!..Semoga negara ketani masih bertamadun rakyat nya..Aminnn..

Thursday, September 20, 2007

DaM DaM DuM BuNYi MeRCuN....!!!

( ( KaBoOMm ) ) DaM DaM DuM Bunyi MerCuN..Alhamdulilah sudah tujuh hari ku mengerjakan ibadah puasa tahun ani dengan jayanya, selama tujuh hari berpuasa ani macam2 dugaan ketani umat islam hadapi, dalam hal macam ani kediaku pun salah seorang daripadanya..Hari pertama ku berbuka puasa ataupun "Sungkai" karenah liur ku inda lah terlampau teruk berbanding tahun2 yang lalu. Kalau dulu dibawa saja ke gerai ramadhan gerenti ada2 saja kan di beli atu untuk memenuhi liur atu, kesudahan makanan inda habis dimakan & membazir..Perangai membazir ani tah yang di larang oleh agama islam..



Bila sabut puasa mesti berkait dengan raya, bila sabut raya mesti berkait dengan mercun. Semasa ku turun ke gerai ramadhan baru2 ani, sudah ada setengah2 gerai atu bejual mercun ataupun "Badil-badilan"..Kalau lah yang di jual ani ganya bunga api inda mengapa, ani ku dapati bisdurang bejual badil padahal lima tahun kebelakangan ani kerajaan ketani mengharam kan penjualan badil. Mengapa orang2 ketani ani masih "matingal" atu kan? Banar kalau dulu zaman kanak2 bila inda tedapat badil atu inda meriah rasa nya akan tetapi mengenang kan bahayanya badil ani maka badil di haram kan di negeri ketani..Inda ada badil bunga api pun masih lagi dapat memeriah kan suasana..



Tekenang ku semasa kanak2, diantara kami bepupu2 kedia ku tah yang paling penakut mendengar bunyi badil, melatup saja badil atu pOp..!!! gerenti ku menangis. Bukan nya kedia ku takut kan bermain badil atu, tapi kedia ku paling inda suka rasa terkejut atu. Nampak saja ku bisdurang memasang badil, kedia ku tah paling awal jadi pelari pecut negara HaHaHa..Hai siok mengimbas kenangan lalu atu, rasa2 nya kalau tah dapat ku ulang kembali ke zaman kanak2 untuk menikmati suasana meriah nya. Selalu nya zaman kanak2 atu dalam kami ramai bepupu, rasa2 nya aku tah yang paling banyak bedulur bemain bunga api yang canggih2..Bunga api ani ku perolehi dari pemberian kawan baik "babu" HeHeHe..iatah jadi sumber2 utama ku waktu atu.kalau dulu bunga api yang masa kini payah kan di dapati, tapi kedia ku dengan mudah ada memperolehi pada zaman tersebut. Bunga api & badil2 atu kesemua nya datang dari negeri2 jiran macam labuan..



Dalam kenangan2 lampau bermain badil atu terdapat jua kenangan pahit bagi kami bersaudara, ganya kedia ku bernasib baik pasal inda berminat kan bermain badil, lain lah sepupu2 ku yang laki2 ani, bisdurang inda kurang kan mencuba pengubahsuaian "memodified" bahan mercun ani..Meriam buluh pun inda di lupa walaupun waktu atu udah terdapat badil. Bermacam2 cara dan gaya zaman atu kan menjadi kan bunyi badil "nyaring" latup nya.. Dalam keasyikkan bermain badil & meriam buluh ani, walaupun kejadian ani inda berlaku depan mata ku, tapi cukup mengerun kan ku mendengar bila ada antara saudara terputus jari akibat bermain meriam buluh. Akibat pengubahsuaian tanpa di sedari meriam buluh atu melatup. Cukup lah jadi pengajaran kami semua pada zaman atu..Hingga kini bunga api sahaja lah yang dapat memeriah kan suasana raya kami.

Saturday, September 15, 2007

Keinsafan

Dua hari yang lepas & kemarin sedikit sebanyak telah memberikan aku satu keinsafan mengenai derhaka.. Pekara ini sedikit sebanyak mengenai selepas ku meliat gambar manusia di sumpah menjadi anjing yang benar2 telah terjadi di salah satu negeri arab..Sungguh terharu ku meliat akan kejadian tersebut lalu mengingati ku kepada keinsafan & dosa2 yang pernah ku laku kan kepada bonda tersayang ku. Ketani inda menyedari akan kesilapan yang di lakukan, kadang2 tanpa ketani sedari ketani telah mengguris hati mereka..
Di sekolah ketani telah di didik dengan ilmu keugamaan, tanggungjawab kepada kedua ibubapa ketani, tetapi hingga kini masih lagi ada segelintir orang ketani lupa akan tanggungjawab mereka..Mereka berfikiran dengan menyumbang kan wang gaji mereka untuk memberi makan kepada ibubapa mereka sudah memadai & terlaksana tanggungjawab mereka itu..Akan tetapi mereka telah lupa untuk membalas mereka dengan kasih sayang.
Dari sejak lahir hingga membesar ketani di tumpahi dengan kasih sayang walaupun ketani kekadang inda nampak hal tersebut..Inda semesti nya kasih sayang indung terhadap ketani hanya dengan curahan harta benda..itu sama sekali inda benar..Kasih sayang berunsur kan kebendaan adalah palsu & inda sejati..
Wosehh..bila ku membaca semula text ku ani inda ku sangka lebih2 menuju kearah penulisan kesedaran & berunsur positive..Hidup Bunei!!! tapi inda mengapa pasal nya sekurang2 nya kediaku dapat pahala kerana sedikit sebanyak kediaku dapat memberi pengetahuan & pengalaman untuk di kongsi bersama..

Friday, September 14, 2007

Ramadhan


Ramadhan menjelma sekali lagi, aku besyukur ke hadrat ilahi kerna memberi ku peluang yang ke 20 kali lagi untuk mengerja kan suruhan nya selepas ku akil baligh..Hari ani ialah hari kedua ku mengerjakan puasa..



Tadi pagi adalah hari penyampaian sijil kursus A2 siri kedua 2007. Kursus yang ku hadiri selama 4minggu yang bermula pada 20hb Ogos hingga 14hb sept 2007. Kursus kali ani, aku mendapat tempat ke tiga sahaja dan sengaja ku memberi peluang pada ahli2 kursus yang lain untuk mengambil gelaran "Best Student" yang sebelum ani ku pegang..


Kadang kala bila menyebut "peluang" ani, peluang yang telah di beri kan kepada durang ani, membuat kan ku merasa bersedih hati kerana sesetengah orang inda mau merebutnya tapi kenapa? Orang2 ketani ani inda mau kan mengambil mungkin dari pendapat ku, orang2 ketani ani kebiasaan sudah "spoon feed" iatah maka nya bisdurang ani teluan manja..sebut apa durang mau ketani ikut kan, bila suruhan ketani di suruh mula tah bisdurang ani memberontak, muncung kn mulut bermasam muka..akhir nya ketani yang menyuruh dengan terpaksa nya mengikut kemahuan durang.. Dimanakah kemajuan dalam diri ketani ani dan sampai bila bangsa ketani akan maju?


Sebut pasal "maju" ani, terus terang ku kata kan, kedia ku sendiri pun mengakui ada kelemahan untuk memaju kan diri..Memang ku akui semua kelemahan ani kadang2 berpunca dari kelalaian, pengaruh luar & niat hati ketani sendiri..Atu dari segi negative lain hal nya dari segi positive..mengapa ku memperkatakan kelemahan untuk memaju kan diri ada positive & negative ani? Dari segi positive pula sebagai contoh, kediaku ingin kan memaju kan diri, tapi oleh kerana ada sesuatu yang benar2 penting terpaksa ku buat yang tidak dapat di elak kan, maka kedia ku melepas kan peluang yang ada pada hal peluang yang ku lepas kan atu 90% menuju ke arah kejayaan sedang kan yang ku hadapi masa ani memang ada kemajuan jua, akan tetapi mengambil masa yang agak lama..

Hahaha bila ku duduk rehat sekejap waktu menyemak text ani sampat lagi ku berfikir & inda sangka ku membuat blog ani untuk jadi tatapan orang ramai..Rupa2 nya ada bakat jua kediaku ani dalam penulisan jenis macam ani..Tapi kan, kan di apa jua ilmu yang ada arah diri ketani masing2 kalau inda di kongsi bersama..Terutama dalam menyerap kan bahasa melayu ketani ani kepada orang luar..Terkenang ku kembali semasa selepas penyampaian sijil tadi pagi, kami di beri peluang untuk memberi komen tentang kebaikan & kekurangan semasa berkursus..& apa yang paling melucu kan salah seorang ahli kursus kami mahu kan salah seorang "instructor" atau pengajar kami atu pandai berbahasa melayu..Iatah nasib "instructor" kami yang berbangsa asing atau yang lebih jelas lagi berbangsa "orang putih"..Hairan ku jua dan budaya ketani ani, mengapa harus ketani mengikut kehendak budaya luar sedang kan durang ani tah yang datang berhijrah mencari rezeki di tempat ketani..kediaku paling bangga meliat antara contoh negeri2 seperti France, Jepun & Korea..kan tau mengapa? Pasal durang ani lebih berbangga mengguna kan bahasa bisdurang dari mengguna bahasa asing untuk penyampaian mereka seharian samada dari segi pembelajaran atau berurusan dengan orang luar..

Mengapa ketani harus mengikut kehendak orang luar, sepatut nya bisdurang yang menjadi pendatang ini lah yang harus hormat mengguna kan bahasa ketani untuk jadi penyamapaian & bisdurang ani tah yang harus mempelajari walau pun bahasa inggeris ani adalah salah satu bahasa perantaraan di dunia masa ani..Tetapi ketani jangan silap, padahal zaman dulu2 nya bahasa melayu kuno ketani ani tah antara bahasa perantaraan yang mula2 di guna kan sebelum ada nya bahasa inggeris ani..

Wahaha panjang plang ku bercerita nah..pandai banar kedia ku bercerita aa.Ani baru membuat arah text alum lagi real bercerita banar2..Tapi kan kalau kan bercerita berdapan ani rasa2 nya kalau dalam kumpulan selalu ku mendapati diri ku sendiri yang kedia ku ani jarang kan bercerita..Apa nya orang "kuat becakap" kedia ku akan bercakap atau bercerita kalau dalam kumpulan yang sedikit 2-4 orang sahaja & selebih nya kedia ku akan jadi pendengar setia sahaja.. Ada kala nya jua kedia ku akan ikut menyampuk perbualan bisdurang ani..Kediaku lebih suka jadi pemerhati lah..Hehehe tapi selepas atu akan memberi komen kalau di perlukan kemudiannn..wah wah wah kira jadi penkritik ala2 "Kudsia Kahar" atau "Ogy Ahmad Daud" dalam AF aa..nda kan kamu inda tau jua..

Bah eh, teluan bibiran tah jua kedia ku ani.. panjang dah cerita ku ani..Esok2 lagi ku menyambung cerita terbaru ah..