Friday, September 28, 2007

SaNTai

Yummie..!!



Tekajut ku mendengar bunyi meriam meletup menandakan pukul 12.00a.m tepat, perkara ani hanya akan di dengar sepanjang bulan ramadhan sahaja pada setiap tahun..Jadi nya selama ketani berpuasa dalam sebulan atu, kamu akan mendengar sebanyak dua kali sehari iaitu sewaktu berbuka puasa "sungkai" dan apabila jam menandakan pukul 12.00 tengah malam.

Sewaktu ku mendengar letupan meriam atu suasana cafe tempat ku bersantai atu inda lah terlampau ramai pengunjung nya, sedari awal ku datang kesana sampai tah kan balik. Tapi jalan raya di bandar waktu atu masih lagi segar dengan orang ramai yang lalu lintas. Mungkin ada setengah daripada mereka baru balik dari bertadarus di masjid yang inda jauh dari cafe yang ku kunjungi atau baru balik dari kedai2 yang akhir tutup sempena jualan promosi diskaun besar2 an sempena sambutan hariraya yang akan menjelang inda lagi lama.

Walaupun pun kedia ku dalam duduk santai sempat lagi ku memerhati kan ulah orang ramai yang lalu lintas atau pun yang berada di cafe tersebut..Bermacam ragam jenis manusia yang kan di lihat..Hehehe aku apa kurang nya..

Inda terasa ketani sudah berpuasa lebih dari 2 minggu.Kalau orang di banar sibuk dengan persediaan membeli belah untuk sambutan raya yang akan menjelang tiba, kediaku lain ku buat..Dalam keadaan orang sibuk membeli belah aku lebih suka bersantai..Apa nya orang "alum tah ku kan sibuk2 bedadad beasak2 kan ke kadai" ganya kan membeli barang persediaan Hariraya. Bagi ku membeli belah untuk pakaian baru atau serba serbi barang baru ani adalah perkara biasa yang kerap kali ku laku kan di masa lapang jika kegunaan sahaja..

Mengapa tah bisdurang ani inda membeli sebulan atau dua bulan sebelum raya? kalau tah dikata kan jualan promosi diskaun untuk raya atu murah, tapi bagi ku hanya sia2 saja kerana bila ketani selidiki atau banding2 kan harga sebelum dan semasa promosi atu sebenar nya adalah sama. Kedia ku malar mendapati mengenai perbezaan harga barang ah. Pernah dua bulan lepas aku membeli kasut dengan harga diskaun 50% contoh harga $30 menjadi $15..
Sebulan selepas atu kediaku membeli lagi di tempat yang sama dan kedai tersebut menawarkan "Buy one & get one free" sekali membeli tah kedia ku kasut yang lebih kurang berharga $32 dan setentu nya kediaku dapat sepasang lagi percuma..Kalau di pikir2 kan bukan kah harga tersebut lebih kurang macam promosi nya sebelum ani. Dalam erti kata, kedai tersebut telah berjaya menjual dua pasang kasut sekali gus dan harga asal kasut tersebut itu memang separuh dari harga yang di jual. Bagus kan bisnes politik bisdurang ani.

Hahaha ani macam komen hak pengguna dalam berita bunyi nya. Secara inda lansung kedia ku sudah mengutarakan hal yang berkaitan dengan pengguna..Melarat2 sudah cerita ku ani, Dari bersantai sampai tah cerita diskaun. Untuk pengetahuan abiskita memantau harga ani adalah kerja sambilan ku walaupun inda pernah kena tauliah kan dari mana2 universiti ehehe..Asal "shopping" atau membeli belah memang kedia ku inda kurang memerhati kan harga dengan membanding2 kan harga dari satu pasaraya ke satu pasaraya. Bah, bah..adang ! inda beranti ni karang cerita ku pasal harga ani..ok lah lain masa lagi ku bercerita..


0 comments: